Popular Posts

Tuesday, November 23, 2010

ISIPADU CECAIR



AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Kemahiran:    Mengukur dan Membandingkan Isipadu Cecair
Aktiviti 1:        Menggunakan unit bukan piawai dan unit piawai.
(a)    Dengan Unit Bukan Piawai

Hasil Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan perbandingan secara langsung menggunakan unit bukan piawai dengan betul.

Bahan Bantu Mengajar:
Bekas yang pelbagai bentuk dan saiz, sebaldi air.

Langkah-langkah:
1.Set Induksi- Dengan menggunakan kad-kad gambar bekas-bekas yang boleh diisi air, guru menyoal murid menamakan bekas-bekas berkenaan.






2. Bahagikan murid kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan disertai murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran koperatif.


3.Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan ukuran.

4. Setiap kumpulan akan merekodkan bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi air dalam setiap bekas dalam borang yang diedarkan.

5.Murid juga dibimbing membuat anggaran seperti separuh penuh, penuh, lebih, kurang dan kosong.


Jadual 1:Mengukur isipadu cecair dengan unit bukan piawai


Bekas
Bilangan cawan air yang diperlukan

Mangkuk



3

Botol air mineral



4

Lembaran kerja:
Bulatkan bekas yang mengandungi banyak air dengan warna hijau dan bekas yang mengandungi sedikit air dengan warna kuning.






       





                                                  












(b) Menggunakan unit piawai

Hasil Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai dengan betul.

Bahan bantu Mengajar :
Bekas berbeza saiz, sebaldi air, selinder penyukat, lembaran kerja

Langkah-langkah :
1. Set induksi – murid diperkenalkan dengan alat-alat penyukat isipadu yang mempunyai senggatan dan alat yang boleh di baca dengan tepat.

                                   















2. Bahagikan murid kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan disertai murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran koperatif.

3.Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan ukuran.

4. Beri setiap kumpulan 4 set bekas yang berbeza saiz, dan satu selinder penyukat unit l.

5. Setiap kumpulan mengisi setiap bekas berkenaan dengan air.

6. Mereka kemudiannya mengukur isipadu air dari bekas berkenaan dengan selinder.

7. Ahli setiap kumpulan merekodkan keputusan.

8. Sambil itu, guru memperkenalkan kepada murid unit ukuran isipadu cecair iaitu liter(l)


Jadual 2 : Mengukur Isipadu Cecair dengan unit piawai / standard.

Bekas
Selinder l

Botol air


1 liter

Jag



3 liter

Bekas plastik



5 liter




Lembaran kerja


Tuliskan bacaan cecair pada selinder penyukat ini :





Kemahiran :   Membuat perbandingan isipadu cecair dengan unit piawai
Aktiviti 2     :   Pengukuhan

Hasil pembelajaran:
Diakhir pembelajaran murid boleh membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai.

Bahan Bantu Mengajar :
1. Satu set roda putaran (roda impian), kad nombor, kad warna, bekas ajaib seperti kotak susu, bekas kuih, dan sebagainya.
2. Lembaran kerja, papan permainan (game board).

Langkah-langkah :
Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan pencapaian tinggi dan kumpulan pencapaian rendah.

KUMPULAN PENCAPAIAN TINGGI

Permainan Roda Impian


                                          RODA IMPIAN



                                          KAD NOMBOR



                                          KAD WARNA



1.  Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan lima-lima.

2.  Ada 4 warna diatas papan yang merujuk kepada 4 warna bekas ajaib.

3.  Setiap ahli dalam setiap kumpulan akan membuat putaran mengikut giliran.

4. Apabila putaran berkenaan berhenti pada warna yang ditunjukkan, ahli kumpulan berkenaan akan mengambil satu kad nombor dari bekas ajaib dan membaca isipadu cecair yang tertera pada kelas.

5.  Jika papan putaran tersebut berhenti pada warna putih, murid / kumpulan berkenaan akan hilang giliran satu pusingan dan kumpulan lain pula akan membuat putaran.

6.  Markah dicatatkan berdasarkan bacaan isipadu cecair yang tertera pada kad nombor.

7.  Permainan tamat pada pusingan kelima.

8.  Kumpulan yang mengumpal markah tertinggi adalah pemenang.



KUMPULAN PENCAPAIAN RENDAH

Aktiviti padankan

Lembaran kerja 1 : Warnakan kemudian gunting dan tampal pada lembaran kerja 2.




Lembaran kerja 2 : Tampal dan tuliskan bacaannya.






KESIMPULAN

Proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid sekolah rendah akan mencapai objektif sekiranya guru memainkan peranan sepenuhnya dalam merangka atau merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Pendekatan belajar sambil bermain amat disukai oleh murid-murid sekolah rendah. Guru boleh mempelbagaikan aktiviti seperti nyanyian, lakonan, bercerita dan mengaplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini bagi melahirkan generasi pemangkin negara. 





No comments:

Post a Comment